Wednesday 14 December 2011

contoh-contoh RPH Bahasa Melayu Tahun 5


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh              :  1 Ogos 2011
Tahun              :  Lima Anggerik
Masa                :  8.45 pagi - 9.45 pagi
Tema               :  Keselamatan Jalan Raya
Tajuk               :  Sehari Bersama Program `Street Smart’
Bil murid         :  30 orang

Fokus Utama:
7.1.            Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.
Aras 2
(i)         Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat berdasarkan bahan grafik dan bukan grafik.

Fokus Sampingan:
6.1.            Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.
Aras 2
(i)         Merujuk media elektronik untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji.

Objektif: 
Pada akhir pelajaran murid dapat:

1.                  Mentafsir sekurang-kurangnya enam gambar atau papan tanda untuk menyatakan maksud sebenar.
2.                  Membaca dan menulis sekurang-kurangnya lima maksud gambar atau papan tanda yang ditunjukkan.
3.         Mengembangkan sekurang-kurangnya satu idea perenggan dengan menggunakan kata dan ayat yang betul.
4.         Menulis maklumat yang didengar kepada genre naratif.




Kemahiran Bahasa:
Kemahiran menulis
Kemahiran membaca
Kemahiran mendengar
Kemahiran bertutur.

Sistem Bahasa:
 Tatabahasa     : Ayat tunggal
 Kosa kata       : isyarat, jejantas, selekoh, lencongan, had laju, lintasan, kanan dan kiri

Pengisian Kurikulum:
Ilmu                 - Pendidikan Kesihatan, Pend. Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai Murni      - berhati-hati, sabar

Kemahiran Bernilai Tambah:
1.            Kemahiran Berfikir – membanding dan membeza, mentafsir
2.            Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
3.            Kemahiran Belajar Cara Belajar
4.            Pembelajaran Konstruktivisme

Bahan Bantu Mengajar:
Rujukan URL: (slaid/ power point), LCD, komputer, lembaran kerja, petikan

Pengetahuan Sedia Ada:
Murid mengetahui dan pernah melihat papan tanda peraturan di jalan raya.
Murid pernah melihat sendiri atau menonton pada kaca televisyen serta membaca berita tentang insiden kemalangan jalan raya.







Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Set Induksi
(5 minit)

- Guru bersoal jawab dengan murid tentang 
   tayangan tersebut  


Verbal Linguistik
Rujukan URL:
http:\\www.sparkvideos.
com/badaccident.shtml

Langkah 1
(10 minit)

- Guru mempamerkan gambar-gambar
- Murid menyatakan maksud tanda
   keselamatan jalan raya yang diketahui.
- Guru menerangkan maksud tanda-tanda
   keselamatan jalan raya yang betul.


ICT
Konstruktivisme
Intrapersonal
Verbal Linguistik
Rujukan URL:
http:\\www.boondoggles.
com/product.asp

Langkah 2
(15 minit)

- Murid membaca teks berkaitan aspek
  keselamatan jalan raya.
- Guru bersoal jawab dengan murid
  berkaitan maklumat yang terdapat dalam
  teks sama ada yang tersurat atau tersirat
- Murid menerangkan dapatan mereka dan
  menyatakan akibat kecuaian yang

Petikan tentang keselamatan jalan raya dan sikap berhemah ketika berada di jalan raya.
Rujukan URL:
http:\\www.members.
tripod.com./azmizam/
gambar02.html

Langkah 3
(15 minit)

Permainan Isyarat Jalan Raya
- Guru meminta murid menjalankan aktiviti
   menggunakan program Powerpoint
- Murid menjawab soalan yang terdapat
  dalam perisian program yang disediakan.

ICT
Interpersonal
Verbal Linguistik

Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Langkah 4
(10 minit)

Latihan bergambar
- Murid menulis pernyataan yang sesuai     
   berdasarkan gambar situasi di jalan raya.
- Guru meminta 3 orang murid melakonkan
   aksi melintas jalan dan cara pemanduan yang
   tidak   berhemah.
-Guru menjalankan aktiviti pengukuhan
   menggunakan simulasi video.
- Murid diminta meminta membina ayat-
   ayat berdasarkan simulasi video tersebut dan
   wakil kumpulan membentangkan dapatan di
   hadapan kelas.


Lembaran Kerja
Rujukan URL :
http:\\www.learner-
drivers.net/
information/tjunctions
.htm


Kertas sebak

Penutup
(5 minit)

- Guru menegaskan kepentingan memahami
   tanda-tanda keselamatan jalan raya bagi
   menjamin keselamatan pengguna jalan raya.



Verbal Linguistik



No comments:

Post a Comment