Tuesday 27 December 2011


KAJIAN TINDAKAN
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Nama Pengkaji          :     ROSNYTA BT ABD MANAF

Tajuk         :   Meningkatkan Keupayaan Pelajar  DalamMembaca Sukukata KVK menggunakan kaedah Tampal, Eja dan Sebut.
  
  1. Kaedah / Teknik  :   Pembelajaran Melalui Projek

2.      Sinopsis    :  Walaupun sudah mengenal huruf dan membaca sukukata terbuka tetapi masih ada pelajar yang tidak  mampu mengeja dan membaca dengan lancar. Melalui pemerhatian saya, mereka tergolong dalam kumpulan murid lembam dan murid yang kurang fokus dalam pelajaran. Mereka tidak mengikut rentak pembelajaran murid lain yang tidak bermasalah. Guru pula kurang memberikan tumpuan dan bimbingan yang intensif kepada mereka. Ini membuatkan mereka semakin tidak berminat membaca .

  1.  Kumpulan Sasaran  :  Murid Tahun Satu  yang masih belum membaca dengan lancar. terutama perkataan yang mempunyai sukukata tertutup.

  1. Jumlah Murid     :   17 Orang murid


  1. Latar Belakang   :

a.Kedudukan sebelum Projek dilaksanakan  :  Murid tahun satu (LINUS) tidak dapat membaca dengan lancar  terutama perkataan yang mempunyai sukukata tertutup.
                                                                         
b. Masalah-masalah yang dihadapi   :   Murid-murid masih tidak dapat membaca dengan lancar walaupun sudah boleh menyebut sukukata terbuka.

  1. Rasional Pemilihan Tajuk    :   Kajian ini saya fokuskan untuk mengatasi masalah murid tahun satu (LINUS)  yang masih tidak lancar membaca . Untuk menyelesaikan masalah ini, saya akan memggunakan kaedah Tampal dan Eja bagi meningkatkan minat mereka untuk mengeja dan membaca. Diharapkan aktiviti yang memerlukan mereka mencari bahan di dalam majalah dan suratkhabar akan merangsang minat mereka untuk mengeja dan membaca.

  1. Standard Pembelajaran yang digunakan  :

BM 2.1.2 - Mengeja  dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul.
.
BM 2.1.3 - Mengeja  dan membatang  suku kata tertutup dengan sebutan yang betul.
BM 2.2.1 - Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi  dua atau tiga suku kata,
      diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang
      betul.
BM 3.2.4- Menulis perkataan yang mengandungi  dua atau tiga suku kata,  diftong , vokal
     bergading, digraf dan konsonan bergabung dengan  betul dan tulisan yang kemas.


  1. Kaedah / Teknik yang digunakan   :  Teknik  Pembelajaran Melalui Projek iaitu mencari dan membentuk perkataan berpandukan gambar yang diberikan.
                                                                
            Aktiviti Yang Dicadangkan
Setiap pelajar dibekalkan dengan sebuah buku lukisan.

1.      Pelajar memotong dan menampal gambar dari suratkhabar atau majalah.

2.      Pelajar memotong huruf dari suratkhabar atau majalah untuk membina beberapa perkataan berdasarkan gambar.

3.      Pelajar mengeja dan membaca perkataan yang telah dibina.

Contoh:
 p o k o k
 
 













  1. Perincian Aktiviti    :

a.       Bentuk Bahan  :
1.   Bahan persekitaran, seperti surat khabar dan majalah lama.
 2.  Gambar.
 3.  Kertas Lukisan, guntuing dan gam.

b.      Pengendalian  :

Aktiviti 1 : Menampal                                               

      Langkah 1 : mencari sukukata-sukukata tersebut di dalam akhbar, majalah dan sebagainya.

      Langkah 2 : Gunting sukukata-sukukata tersebut .

      Langkah 3 : Bentukkan sukukata untuk menjadi perkataan dan tampal  tersebut di dalam buku lukisan.

      Langkah 4:  Lukiskan gambar yang berkaitan dan warnakannya. 

     Aktiviti 2 :  Sebut  
                                                   
     Langkah 1 :  Murid menyebut perkataan tersebut sambil menyanyi dengan irama
                          Lagu ‘ enjit-enjit semut.’

     Langkah 2 :  Murid mengulang perkataan  tersebut dan menulis semula perkataan yang telah dibentuk.

v  Pastikan murid telah betul-betul  menguasai perkataan tersebut kemudian beralih kepada perkataan seterusnya.


c.       Perbelanjaan :
                       

Bil

 Jenis Bahan
Kuantiti x Harga Seunit

Kos (RM)
1.       
Buku Lukisan
9 x 2.00
18.00
2.     
Gam
9 x 1.00
9.00
3.     
Fotostat bahan ujian dan laporan kajian

10.00
4.     
Kertas A4
1 x 8.00
8.00

Jumlah Kos

45.00


d.      Bentuk Kejayaan  :
Pelajar dapat mempelajari sukukata dengan cepat dan mudah, dengan hanya menggunakan bahan projek amalan terbaik yang dipilih disekeling pelajar iaitu penggunaan permaidani lama, kotak dan.kertas surat khabar.
  




e.       Penjimatan Masa  :     
Pelajar dapat mempelajari sukukata dengan cepat dan mudah, dengan hanya menggunakan bahan projek amalan terbaik yang dipilih disekeling pelajar iaitu penggunaan.kertas surat khabar lama dan majalah terpakai.

f.                   Peningkatan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran :
      Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, saya mendapati, teknik
tampal, eja dan sebut  yang diperkenalkan kepada murid LINUS ini merupakan kaedah yang sangat  berkesan dan murid-murid sungguh  seronok menjalankan aktiviti ini seolah-olah mereka  sedang bermain mencari sesuatu (huruf) untuk digunting dan seterusnya menampal dengan bimbngan guru.Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan  yang mendatangkan kebaikan pada murid tahun satu dan murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca (LINUS) khususnya.
                            
  1. Kesepaduan Standard Pembelajaran   :

    1. Pendidikan Jasmani
( 1.3.3 Melakukan pergerakan lokomotor dalam pelbagai arah, aras, laluan, satah dan kelajuan dengan rakan dan alatan)
    1. Dunia Seni Visual
(  3.2.1 Mengenal  dan menyatakan jenis-jenis media)
(  3.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan binaan.)
(  3.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif)
(  3.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual)

  1. Kaedah Pentaksiran semasa p & p  :

Guru membuat semakan kerja dan menyoal secara spontan selepas aktiviti dijalankan dan  membuat ujian saringan LINUS.
  1. Nilai Murni yang diterapkan  :  

Bekerjasama serta mematuhi arahan,  bertanggung jawab, menghormati rakan sebaya, setiakawan dan bekerja secara berpasukan.

  1. Kekuatan kaedah / teknik ini   :

    1. Sesi ini dapat memudahkan sesi pembelajaran.
Selain itu, ruang waktu yang terhad dapat dilaksanakan dengan berkesan. 
Pelajar dapat mempelajari sukukata tertutup dengan menggunakan teknik
yang sama.
    1. Penilaian Pentaksiran  dapat dilaksanakan dalam Teknik Pembelajaran Melalui Projek.
    2. Penggabung jalinan dalam kesepaduan Standard Pembelajaran
      untuk 2 tunjang kurikulum iaitu Dunia Seni Visual dan Pendidikan Jasmani. 
     

  1. Impak kaedah ( kejayaan  )   :

Pelajar dapat mempelajari sukukata  dan membentuk perkataan dengan cepat dan mudah, dengan hanya menggunakan bahan projek  yang dipilih disekeling pelajar iaitu penggunaan kertas surat khabar lama.

  1. Keterangan lain yang berkaitan   :

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak terhad di dalam bilik darjah sahaja. Memandangkan pelajar kini lebih aktif dan agresif , sebagai guru kita perlu cenderung melihat perubahan tingkah laku pelajar dan kita perlu mengkaji  sesi pembelajaran yang  lebih mendatangkan kesan yang lebih cepat dan senang diingat, khususnya apa yang ada di sekitar pelajar kita. Guru juga boleh membekalkan para pelajar dengan perisian yang sesuai untuk murid pelajar di rumah.

Diharapkan program yang digunakan ini dapat memberi pendekatan yang menyeluruh dan seimbang, khasnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta dapat diselaraskan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), sebagai salah satu elemen penting didalam NKRA iaitu mewujudkan modal insan berkelas dunia.

No comments:

Post a Comment