Wednesday 14 December 2011

Contoh RPH tahun 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MAKRO TEACHING
Tahun                          : 1 Orkid
BilanganMurid            : 16 orang
Tarikh                          : 4 Oktober  2011.
Masa                            :30 minit
Mata Pelajaran            :Bahasa Melayu
Tema                           :Kebersihan
Tajuk                           :Kebersihan Diri
Fokus Utama               :5.1 Aras I       5.1.1   Memahami dan menggunakan kata nama am yang mudah dengan betul mengikut  
                                                                        konteks.
Fokus Sampingan        :2.2 Aras 2       2.2.1    Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga sukukata,diftong,
                                                                        vokal berganding , digraf dan konsonan bergabung dengan sukukata yang betul.
Hasil Pembelajaran: Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini,murid dapat:
1.  Menggunakan kata nama am yang mengandungi dua atau lebih sukukata terbuka dan tertutup dalam pelbagai situasi.
2.  Membaca dan menyenaraikan kata nama am mengikut kategori.
Pengisian kurikulum    :  i.  Ilmu:  Muzik dan Sains.
                                      ii.  Kemahiran Bernilai Tambah:  Belajar Cara Belajar
Sistem Bahasa              :  Tatabahasa :  Kata Nama Am
Media                          :  Petika Lagu,kad perkataan dan lembaran kerja.




Fasa



Isi Kandungan
AktivitiPengajarandanPembelajaran

                 
Aktiviti Guru
AktivitiMurid
Set induksi

5 minit

Lagu”Kebersihan”(lihat lampiran 1)






Lampiran  2
1.Guru memaparkan lirik lagu di hadapan kelas.


2.Guru membimbing murid menyanyikan lagu “Kebersihan “mengikukut irama lagu “Bangun Pagi”

3.Guru memberi penerangan tentang kata nama am yang terdapat dalam lagu tersebut.
-tikus ,sekolah, bapa, sabun, bilik
4.Guru  mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran pada hari ini.
1.Murid membaca dan memahami isi-isi lirik lagu tersebut


2.Muri-murid menyanyikan lagu tersebut dibimbing ioleh guru mengikut irama lagu “Bangun Pagi”

3.Murid menyebut semula kata nama am yang dipamerkan oleh guru secara kelas.


Ilmu:
Pendidikan Moral dan Pendidikan Muzik
Tatabahasa:
-kata nama am
Nilai:
-Bekerjasama
KBT:
Kemahiran berfikir
ABM:
-lirik lagu
-kad perkataan

Langkah 1
(10 minit)
Permainan Kotak Bertuah.

Lampiran 3
1.Guru mengarahkan murid membuat satu bulatan.Muzik dimainkan dan apabila dimatikan ,murid yang memegang kotak akan mengambil kad dan menampalkan dipapan hijau mengikut kategori yang betul.  (binatang, tempat,orang dan benda)





1.Murid membuat bulatan besar dan murid yang memegang kotak apabila muzik dimainkan akan mengambil kad , membacanya dan menampalkan di ruang yang betul.
2.Murid-murid mengulangi aktivit di atas sehingga semua kad ditampal.
3.Murid membaca kad kata nama mengikut kategori secara kelas.

Ilmu:
Pendidikan Moral
Tatabahasa:
-Kata nama am
ABM:
-kad perkataan, muzik, kotak bertuah
KBT:
Kemahiran Berfikir (Mengumpul dan mengelas)
Kinestetik
Nilai:
-bekerjasama
Langkah 2
5 minit
Aktiviti Membaca
sabun    gigi
sekolah   bilik
kakak    tikus
nenek    ikan
kipas     datuk
kedai    bapa
kucing    tuala
rumah    arnab
1.Guru menunjukkan kad kata nama am untuk dibaca oleh murid

1.Murid membaca kad yang ditampalkan di hadapan kelas secara individu bergilir-gilir.

Ilmu:
Pendidikan Moral
Tatabahasa:
-Kata nama am
Nilai:

Berdikari
Langkah 3
 5 minit
Pentaksiran
(Rujuk lampiran)
1.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid  meminta murid-murid menyenaraikan kata nama am mengikut kategori pada lembaran kerja yang diedarkan
1.Murid menyenaraikan kata nama am di lembaran kerja mengikut kategori
Tatabahasa:
-Kata nama am
Nilai:
Berdikari
KBT:
Kemahiran Berfikir (Mengumpul dan mengelas)
Langkah 4
(3 minit)
Aktiviti Pengayaan/
Pemulihan
(Lihat lampiran)

1.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.

2.Guru menerangkan maksud soalan dan meminta murid-murid menjawab soalan tersebut.
3.Guru membimbing murid yang lemah.

1.Murid menjawab soalan pada lembaran kerja yang diedarkan oleh guru.


Lembaran kerja

Langkah 5
Penutup
2 minit
Refleksi
1.Guru menyoal murid-murid mengenai isi pelajaran  yang telah  mereka pelajari pada hari ini.

2.Sebagai pengukuhan guru meminta murid-murid menyanyikan sekali  lagi lagu ”Kebersihan”.
1.Murid menyatakan isi pelajaran yang telah mereka pelajari pada hari ini.

2.Murid menyanyikan sekali lagi lagu tersebut.
ABM:
-lirik lagu

No comments:

Post a Comment